Jika kau lihat sebuah hubungan tercipta
selalu ada punya masa untuk kita walaupun sekejap
selalu mengingatkan kita baik buruknya sesuatu sikap
selalu meyakinkan kita bila ragunya hati membuat pilihan
selalu menunjukkan dimana benar bila disitu terdapat kesilapan
selalu memberi dikala kita berasa kurang
selalu menyerikan suasana bila sunyinya perasaan
selalu berkongsi pedihnya kesukaran agar belajar erti kepayahan
selalu berkongsi kesenangan supaya memudahkan kesukaran
indahnya berteman tidaknya kesorangan
tak kurang hebatnya bermain bersama
tak kira dimana letaknya minatnya
tak kira dimana walau apa jua titik perkenalan kita
perkenalan semuanya indah diharapkan tiada perpisahan
jauhnya kita tidak merungkai persahabatan
jika terguris, maafkan salah dan silapku
dekatnya kita eratkan persahabatan
jika aku kekadang terlebih, tegurlah aku
dimana sahaja berada ingatlah jua yang Maha Esa
kerana kita tidak berseorangan, ingatlah Dia sentiasa bersama kita.
syukur kepadaNya Dia menghadiahkan kita sebuah persahabatan.
Semoga berkekalan.