Sunday 20 October 2013

Separuh Akhir 1 Piala Malaysia: Pahang vs Sarawak 19/10/13

Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

rasanya lama dah tak mengemaskini blog saya ini jadi sempena kemeriahan Piala Malaysia tahun ni tetiba rasanya nak jadi seorang pengulas sukan. Saya tidak pernah tulis sebelum ni tapi saya cuba apa adanya selagi boleh menulis. ;)

Pahang telah menjadi tuan rumah bagi pertemuan pertama timbal balik kali ini. Kemeriahan sudah terasa dengan khabar beritanya tiket sudah pun habis dijual satu dua jam sahaja selepas kaunter dibuka. Para peminat kali ini lebih teruja dengan kebangkitan pasukan mereka. Tak lupa buat penyokong Sarawak yang turut hadir. MERIAH.. PENUH!

analisis: pendapat saya seorang nubis. hehe

Pahang bermain baik pada edisi di laman mereka sendiri (omputih kata HOME). Stadium dipenuhi dengan Elephant Army. Tidak dinafikan bahawa Pahang adalah sebuah pasukan yang kuat di laman sendiri. selain Pahang, Kelantan dan Sarawak juga kebal dilaman sendiri. pada kali ini, kelebihan memihak kepada Pahang dan kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh pasukan Pahang.

babak pertama Pahang beraksi rancak dengan corak permainan pantas terutamanya dari pertahanan kanan, abg Jalal. kekerapan overlap beliau memecahbelahkan pertahanan Sarawak di bahagian kiri. Beliau menjadi pembantu bagi gol kedua, hasil hantaran lintang tepat kepada Alex yang menjaringkan gol tersebut. Gol pertama Pahang, hasil usaha Gopi(ke Suren?) yang telah memusnahkan benteng kanan Sarawak dan disudahi dgn tandukan Alex ke dalam gawang memberi satu semangat buat pasukan tuan rumah. dan gol ke3 Pahang hadir setelah Matias menceduk(chip) dari jarak 30m pada ketika PG Sarawak, Sani keluar dari kawasan penalti dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan bahaya kubunya. 

^ #AMOKTOKGAJAH

bagi pasukan sarawak, permainan banyak didominasi oleh pasukan lawan, namun kapten pasukan memberikan 1 jaringan cantik bagi mendekatkan jarak gol untuk perlawanan kedua. serangan Swk agak tumpul mungkin disebabkan Sabalisic bermain pada posisi JKT, iaitu menggalas tugas sebgai feeder, turut dibantu oleh Kapten dan Junior Eldstal. kekosongan yg ditnggalkan JKT amat merubah corak permainan Swk, diharapkan JKT mampu beraksi semula pada perlawanan di Kuching 26 oktober nanti. bagi pertahanan Swk, posisi Ronny Harun yg digalas Guy Bwele, GB terpaksa bekerja keras mempertahankan kubu. posisi asal sbg MDF beliau pasti dituntut apabila  Ronny Harun kembali bagi memperkuatkan pertahanan Swk. walaubagaimanapun, semua pertahanan bermain cemerlang namun penyerang2 Phg pantas dan dgn kelicikan mereka, mereka telah menembusi pertahanan Swk. walaupun begitu, skuad barisan RA memberi aksi yang cemerlang di laman lawan.

^ #ENCANGSAMPECHAMPION

babak kedua menyaksikan penguasaan 50-50 oleh kedua2 pasukan. saling bertukar serangan namun tiada gol yang dapat dihasilkan.


bagi penyokong. memang terbaik.persaudaraan. hormat. anda boleh nilai sendiri. ;)
*gmbar dalaman, belum di sekitar stadium. ;)



untuk video GB13 & Elephant Army sila like page GB13. sorakan persaudaraan. ;)


tq FB page GB13

 
apapapun....

tq sahabat FB GGrotN

harap perlawanan seterusnya di Kuching lebih mantap dan aummph. sama2 kita nantikan. peluang masih ada bagi kedua-dua pasukan.

maaf salah dan silap. :)

Celebrate. Enjoy. Respect.

MNM