Sunday, 10 March 2013

jika aku bukan pelajar, aku mungkin..



assalamualaikum.

saja2 nak share aktiviti yang aku lakukan semasa cuti tahun baharu cina baru-baru ini. tak sempat nak update sebab lepas cuti tu bz larian mesra *sudah update pasal larian mesra* dan terus ke KOT, yang baru sahaja selesai harini. penat sungguh penat dan penat. ;)

salah satu hari cutiku dihiasi dengan pergi ke kebun getah milik makcik dan pakcikku di Kg Kuala Lanar, Kuala Lipis, Pahang.

macam biasa, cuti habis macam tu saja di umah. tido makan tido. dan pada sabtu tu, marilah mengeluarkan sedikit peluh.. biar ja gambar cerita dibantu oleh captionnya.

membaja. ;)

kawasan. agak dalam 3.7e

baja. untuk susu nya.

antara hasil *ni maklong yang punya.

bersama maklong, dia xnk bergambar, katanya sbb musyuk bau getah. ada ku kesah. snapp! :)

last2... hee. berjaya dipujuk. ;)
mula pukul 8, habis pukul 1030 macam tu. kami 3 org yang membaja. agak penat sebab 3.7 ekar tu pun dah luas dengan bajanya yang berat untuk ditabur.. (2 hari lepas kami mmbaja ni, macik masuk wad, letih sangat, maybe sebab membaja ni kot). papapun alhamdulillah dia kembali sihat seperti sdiakala. ;)

kesimpulannya, hehe. pengalaman ni lehla membantu. bolehla memberi kesedaran ttg susahnya hidup. apapapun kerja kita, wat seikhlas mungkin. insyaAllah. ;)

bonus untuk reader: aktiviti selain ini saya telahhh... ;)

main dgan baby, Wafiey. anak buah.

main teacher2. yang ni Harith. tengah belajar menulis untuk coordinasi. ;)

ok. sebelum publish, nak belanja sikit gambar yang berlaku 2 hari ni sempena KOT, olahraga kamiorang. ;)
gangsa 800m dan ke4 400m. syukur dah. ;)

this is me.
#cutmyhairforSabah
#cutmyhairforBIG
#cutmyhairformyself
#AllahuAkbar

Monday, 25 February 2013

suprise?


salam. sekian lama tidak mengemaskini blog saya. jadi arini saya nak cerita sikit pasal 23/2/2013 haritu. ;)

Sabtu - Kampus saya, IPGM Teknik telah mengadakan Larian Mesra 1 Malaysia. Bermula awal pukul 630 pagi dah kena daftar kehadiran. tapi saya datang lewat sikit namun masih sempat tandatangan :)

selesai daftar, bergerak ke dataran tu untuk senamrobik.. punyala sejuk. mata layu ;)

bersama rakan2.. :)

pukul 8 rasanya event mula. kami dilepaskan beramai2. turut serta pelari jemputan dari IPGM IPIK,IPIS dan POLI (jiran baru kami. sebelum ini IPIK) :)

alhamdulillah larian 7.5km tu saya dpat tamatkan. beberapa kali berhenti jugakla.. :)

sampai penamat ada rasa lain, :) ntah.. hee.. taktau nak cakap apa, dapat kad tulis nombor 1. 'ai, 1 markah je dapat?' pastu akak tu kata 'nanti ready amik hadiah jam 1030/11 cmtu, jgn g mana2'.. wow.. number 1 upanya. alhamdulillah. bonus kot? hee

3008= peneman larian (selesai 7.5km)

rehat
Snap2!

1batch


yeah!

(Y)

abg adidas, kasut dia sedap. saya nak juga

abu.. peneman larian dan latihan :) kasut tu mgancammm

5077 sebelum ni dia top 10, so tahun ni dia masuk open, kalau x saya xmenang. :)

sempat.. :)

dengan medal 1 dan trofi umah keseluruhan terbaik lelaki senior rasanya


bersama pemenang lain..
FELIX, ke2, pencabar terdekat. :)

bersama piala pusingan (2tahun berturut umah hijau menang) :)

rezeki jugak, *umah hjau food dia lambat so VIP ada lebih kami makan. ;)
 semua xsangka sebab semua pelari hebat2. n lagi satu kalau wakil  dari umah lain xjoin open, saya xdapatla num 1 ni. dorang laju2 dan pantass hebat endurance.. apapapun alhamdulillah. ada jugak kenangan.. :)

*ps sabtu ahad mmg penat. skrg pun masih terasa..

anytime ill update more. thanks! :)

Monday, 28 January 2013

saya rindu

ya saya rindu semua. teringat semua orang. lama xjumpa. :)

Saturday, 5 January 2013

Roof Rack dengan Visor Yakima

salam. saja2 nak post cerita pasal kereta. kot nak beli? barang ni dah semakin popular dalam kalangan kaki kereta dengan kepopular-an design USDM JDM malah MDM di Malaysia. sebenarnya turut menjadi faktor adalah ianya telah dibenarkan pihak berkuasa, memasang benda ni tidak memerlukan inspection atau endose. dalam bm mungkin maksudnya diperiksa dan diluluskan.  tidak ketinggalan abang2 basikal bukit atau 'mountain bike' turut memerlukan barangan seperti ini bagi memudahkan membawa basikal. selain basikal nak bawa tangga pun boleh. ;)





ni gambar kereta bapak saya, saya belanjaa. ;)

macam mana nak dapatkan nya? mudah. baca details kat bawah ni atau click sini untuk 'like' fan page ni jadi anda boleh dapatkan info disana. nak tengok2 gmbr kereta lain yang dah pasang pun ada.

Item : RoofRack + Visor Yakima
Spec : Baru + Visor Tebal 5MM
Condition : Dalam Kotak.
Price : RM180 + Pos
warranty : -
Contact : 0125773010 - BOB MIJAN
Lokasi : Penang
Reason : Seller
 dah memiliki tpi xtau nak pasang? cara pasang yakima anda > click sini
xleh tido so saya kasi info.
terima kasih kerana membaca. ;)